Saturday 28 June 2014

TEGURAN ALLAH BUAT NABI MUSA




Suatu hari Nabi Musa a.s mengumpulkan para pengikutnya beliau memberikan nasihat agar para pengikutnya selalu beriman kepada Allah dan beriman pada hari akhir serta hal-hal yang gaib.
Wahai kaumku adakah orang yang paling mengetahui hal-hal yang gahib?” tanya Nabi Musa pada suatu kesempatan.
“tidak ada satupun di antara kami yang mengetahui hal tersebut, wahai Musa” kata salah satu pengikutnya.
“ketahuilah bahwa aku adalah manusia yang paling mengetahui hal-hal yang ghaib” kata Nabi Musa.

Mendengar perkataan Nabi Musa, kaumnya hanya mengangguk-angguk saja.
Setelah kejadian itu, Nabi Musa ditegur oleh Allah swt, “Wahai Musa! Engkau tidak berhak berkata demikian. Ketahuilah, hai Musa ada hamba-ku yang paling mengetahui hal ghaib”
“siapakah hamba-mu itu, ya Allah?” tanya Nabi Musa penasaran.
“Jika engkau akan menemui hamba-ku, maka berjalanlah engkau. Jika sudah berada diantara pertemuan dua buah lautan maka berhentilah. Dia bernama Khidir” perintah Allah.

Sesungguhnya teguran daripada Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba yang soleh itudan menuntut ilmu. Nabi Musa kemudiannya membawa ikan di dalam sangkar dan berangkat bersama-sama pembantunya, Yusya’. Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu lalu kemudiannya berhenti untuk beristirehat setelah berjalan jauh.
Secara tiba-tiba ikan yang berada di dalam sangkar itu meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Dengan kuasa Allah terbentuklah aliran air sehingga memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya’ terpegun memerhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.


Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan, beliau terus tertidur. Ketika terjaga, beliau terlupa untuk menceritakannya kepada Nabi Musa dan meneruskan perjalanan. Keesokan paginya, barulah Yusya’ teringat untuk memberitahu Nabi Musa tentang peristiwa telah yang berlaku. Setelah itu, mereka berpatah balik untuk kembali ke tempat tersebut yang terletak antara Teluk Suez dengan Teluk ‘Aqabah di Laut Merah.

Setibanya di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam dan menyatakan hasratnya untuk menuntut ilmu. Perjanjian pun dilakukan antara mereka supaya Nabi Musa bersabar dan tidak bertanya pada Nabi Khidir sepanjang perjalanan mereka menuntut ilmu. Nabi Musa pun berjanji akan menepati jajnji tersebut.
Dalam perjalanan tersebut terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Nabi Musa. Disebabkan tindakan Nabi Khidir dianggap aneh, ia membuatkan Nabi Musa mempersoalkannya. Dengan segera Nabi Khidir mengingatkannya lalu Nabi Musa pun meminta maaf.


Akhir sekali, Nabi Khidir pun menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khidir membocorkan perahu yang mereka tumpangi. Perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya.

Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahwa beliau membunuh seorang anak kerana kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong ibu bapanya menjadi orang yang sesat dan kufur.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahwa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Di dalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang diwarisi untuk mereka berdua. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka ada kemungkinan harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala

AINUL MARDHIAH


♥ Siapakah Ainul Mardhiah ? ♥

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


 Ainul Mardhiah ? Gerangan siapakah pemilik nama itu ? Teringat pula ana kisah dia .. Teringat ketika Ustazah Norehan menceritakan sejarah tentang 'Ainul Mardhiah . Ya Allah ! Memang seronok ! Tazkirah pada hari jumaat ketika ana berada di tingkatan 3 . Mujurlah , tazkirah yang dihadiri dari kaum Hawa ( akhawat ) semuanya ketika kaum Adam ( ikhwan ) sedang menunaikan solat Jumaat . Serikandi - serikandi bumi SMKA Sultan Azlan Shah .. Terasa kerdil menelubungi diri ini ..


'Ainul Mardhiah , mata yang diredhai .. 


.. sungguh, bidadari Allah lebih cantik daripada yg ni ..

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan . 

# Surah ar-Rahman (55) : 58



Di dalam syurga - syurga itu ada bidadari - bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik . 

Surah ar-Rahman (55) : 70



(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah .

# Surah ar-Rahman (55) : 72


Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin .

# Surah ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik berbanding bidadari  - bidadari yang lain . Cantiknya dia , hanya Allah yang tahu . Wallahua'lam .. 

Suatu pagi dalam bulan puasa , Nabi SAW memberikan targhib ( iaitu berita - berita semangat kalangan sahabat untuk berjihad atau berdakwah di jalan Allah ) . Kata baginda SAW , sesiapa yang mati keluar syahid di jalan Allah , maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang cantik dalam kalangan bidadari syurga . Ada bidadari yang bernama 'Ainul Mardhiah sedang menunggu kekasih yang berjihad di jalan Allah ..

Mendengar berita tersebut , seorang lelaki yang masih muda lagi hendak mengetahui bagaimanakah cantik yang dimaksudkan baginda SAW . Tetapi , disebabkan malu dengan Nabi SAW dan para sahabat yang lain , beliau menyembunyikan hasrat di hati ..

.. tanya pada diri ini , dimanakah Allah di hati ?..



Sunah Nabi SAW , tidur sebelum Zohor yang dipanggil qailullah . Lelaki yang muda tadi pun tidur berjemaah bersama - sama para sahabat yang lain . 




Tiba - tiba dalam tidur pemuda tersebut , beliau telah bermimpi bahawa beliau telah pergi ke satu tempat yang sangat indah . 

Beliau bermimpi bertemu dengan seseorang yang sangat indah , bersih pakaianya , muka berseri - seri . Sahabat ini kemudiannya bertanya kepada wanita tersebut dimanakah beliau berada ? Wanita tersebut berkata , bahawa pemuda tadi telah berada di dalam syurga .

Sahabat tersebut pun menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan 'Ainul Mardhiah . Bidadari tersebut menunjukkan  ke satu arah , maka berjalanlah sahabat ini ke pepohon dan melihat seorang wanita cantik yang tidak pernah beliau melihat kecantikan tersebut di dalam dunia sebelum ni . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya , adakah wanita tersebut 'Ainul Mardhiah ? Wanita tersebut berkata , tidak . Beliau bukan 'Ainul Mardhiah yang dimaksudkan oleh pemuda tadi . Beliau hanyalah penjaga 'Ainul Mardhiah .

Lalu pemuda tersebut masuk ke dalam mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda - ganda berbanding wanita yang dilihat yang pertama dan sebelumnya tadi . Sahabat tersebut memberi salam kepada wanita tersebut dan bertanya adakah beliau 'Ainul Mardhiah yang dicari ? Jawab wanita itu , tidak . Beliau hanyalah penjaganya di dalam mahligai itu , 'Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana .

Tanpa kenal erti penat dan putus asa , sahabat tersebut menaiki tangga mahligai permata tersebut . Kecantikannya sungguh mengagumkan . Beliau nampak seorang bidadari yang sangat cantik berbanding yang pertama , kedua dan yang sebelumnya . Kecantikannya tidak pernah dilihat di dalam dunia ini . Wanita tersebut berkata , aku ialah 'Ainul Mardhiah , aku diciptakan untuk kamu dan kamu telah diciptakan untuk aku . Sahabat tersebut pun mendekati bidadari yang telah beliau temukan . Namun , 'Ainul Mardhiah berkata , nanti . Kamu belum syahid lagi .

Mendengar kata - kata tersebut , sahabat tersebut terjaga dari tidurnya . Beliau pun menceritakan kisah tersebut kepada para sahabat yang lain . Namun begitu , beliau berpesan agar ceritanya itu tidak diceritakan kepada baginda SAW sehingga beliau syahid . 

Petang tersebut , mereka pergi berperang dan dengan izin Allah , pemuda tersebut syahid . Semasa hendak berbuka puasa , sahabat yang mendengar cerita pemuda tadi pun menceritakan kisah tersebut kepada baginda SAW . Sepanjang cerita tersebut , Rasulullah berkata benar , benar , benar . Baginda SAW berkata bahawa pemuda yang syahid tadi telah pun berada di syurga dan menunggu waktu berbuka puasa di syurga .

Jom jadi seperti 'Ainul Mardhiah ! Simpan cinta sehingga dah tiba waktunya ..





wallahua'lam .. 
ilalliqa' , ^_^


KU BALAS BICARAMU SAHABAT

Assalamaualaikum..

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di antara kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri. Jika seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna, pasti tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.. 


Jangan menilai siapa yang menegur mu tetapi lihat apa yang ditegurnya.... ~saidina Ali ~ jika kebenaran terimalah, kerana itu hakikatnya daripada Allah.
Seringkali Allah mendidik seorang manusia melalui manusia lain.

Baru2 ni aku terbaca satu entry yang cukup menyentuh hati.. s0, aku nak share dengan korang..
........................................................

ku cuba balas bicaramu sahabat


¸.••••Ø¨ِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •••¸.

Aku tersentuh pada satu luahan kata seorang sahabat, katanya ''kau baca lah ini, aku tujukan buatmu''.
Seperti biasa aku begitu teruja acapkali diminta melakukan sesuatu apatah lagi jika ia ada kena mengena denganku, baris demi baris ayat itu ku baca...dan aku rasakan, luahannya kali ini berbeza bahkan cukup membuatkan ku terkedu untuk mendalami bait-bait ayat yang ingin disampaikannya.


''Teman..
adakah sudah terlambat
untukku menyedari kekurangan ini
hati ini pilu sekali 
bukan sebab aku dilema
kekurangan harta mahupun kerjaya yang tetap
sebab itu bukan keutamaanku
bukan juga sebab kekurangan kasih sayang
sebab aku bahagia memiliki keluarga dan sahabatku
tapi aku kekurangan ilmu agama :"(


Teman...
bukan sebab ibu-bapaku
tidak prnah mengajar
tapi di zaman kanak-kanakku
aku terleka dangan keasyikan dunia
teringat saat itu..
setelah bersungguh2 mengaji dari iqra
akhirnya ustazah membenarkan
aku untuk membaca Al-quran 
tapi tak tahu mana silapnya
aku berhenti mengaji
kini aku tidak lancar lagi untuk membacanya :(
aku sangat malu
bantulah aku teman
kekurangan ini menyeksaku
baru kini aku mencari seorang guru mengaji
semula 


Teman..
aku tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi
kini aku berusaha
kegagalan semalam biarlah menjadi kenangan
dan pengajaran buatku
hidupku kini hanya kerana Allah s.w.t
aku bersyukur dengan hidayah dan hijrah ini
bantulah aku''


''Aku pernah mencintai dan dicintai,
Menerima dan menolak cinta manusia,
kenangan lalu cukup mengajarku
sehingga mula yakin dengan Ketentuan dari-Nya
Terlalu banyak contoh di sekelilingku
ia amat menjadi tauladan untukku''



Teman..
dalam hidup ini selain memiliki
kekuatan iman yang teguh dan keluarga yang bahagia
aku ingin memiliki seorang teman
iaitu kamu sahabat baikku
sungguh aku memaksudkannya
doaku sepanjang perjalanan hidup kita
akan di terangi cahaya keimanan
bantulah aku wahai temanku



Ku salin kembali kata-kata itu, Tapi aku tersentak cuma pada baris ayat yang berulang kali dia sampaikan 'Bantulah aku wahai temanku.'  'bantulah aku...' berderau rasanya darah yang mengalir dalam tubuhku, sehingga membuatkan aku keliru pada perasaanku. Bahagianya tapi aku rasa hendak menangis semahunya.

Sikap keterbukaan sebegini, membuatkan aku betapa mencintai pertalian ukhuwah antara kami. Aku akan mula berkata-kata padanya, dan aku akan sampaikan bicara ini padanya...aku akan..

'' Sahabatku, saat kita menemukan rasa bertuhan dalam diri..kita menjadi dan bertambah yakin yang DIA sebenarnya wujud untuk kita. Dari kosong semakin bertambah angka kepercayaan itu dan kita mula mengimani-NYA, dari tidak tahu kita teruskan cuba untuk tahu..kita berusaha memperbaiki amalan semata untuk meraih cinta-NYA. Namun kadang kala kita tidak sedar tergolek pada laluan yang penuh dengan hasutan-hasutan yang cuba mengikis keimanan...percayakah engkau, aku juga hampir rebah disini sahabatku.
Apa yang kau lihat pada diriku? penampilan seperti Alien kampungan dengan tudung dan pakaian besar-besar yang kalau ditiup angin bisa melayang dengan aku-akunya sendiri? Atau pergaulan yang begitu nampak selebriti sering menjauhkan diri dari kelompok adam.? Atau bicara yang bermadah mirip Ustazah-ustazah pilihan?

ketahuilah betapa lemahnya aku disini, tersepit bersama simpulanku sendiri, menunduk pada kata hati yang takut pada 'cakap-cakap' orang. 
Aku mahu jadi muslimah sejati yang sentiasa berpenampilan dengan busana yang menutup auratku. Tapi pernah terdetik rasa takut ''orang akan pandang serong, tak setuju, rasa pelik dan dituduh ketinggalan zaman''. 

Aku mahu menjarakkan pergaulanku dan menjaga batasku dengan golongan yang bukan mahramku, sehingga aku tidak jadikan mereka walau hanya sebagai rakan. Tapi terdetik juga rasa takutku jika dikatakan sebagai 'manusia ego dan sombong'' 

Aku bernasihat dan berbicara lebih keagaamaan, kerana dari situ juga caranya aku mendidik diri sendiri, tapi terdetik juga rasa takutku jika aku dikatakan ''acting macam ustazah yang bertazkirah siang malam tapi perangai sebenar macam setan, munafik, hipokrit''.
Alangkah jika diturutkan rasa hati sebegini, maka bertambah binasalah.... 

Alhamdulillah, tergadah kembali untuk bangkit mempertahankan kata hati yang pertama mengajak melakukan amalan kebaikan semata-mata mencapai redha Tuhan. Inilah kata hati yang sepatutnya kita hormati dan turuti, benarkan..sahabatku? aku percaya iman seseorang manusia boleh berubah-ubah seperti pasang surutnya air dimuara. Andai  balasan kebaikan yang diharapkan dari tuhan, mengapa tidak kita berkorban dan berjuang untukNYA.. sedangkan kita percaya: Hasutan-hasutan itu adalah ujian, kehilangan, kesedihan merupakan ujian, kesenangan dan kegembiraan itu juga adalah ujian, dan ujian itu adalah tanda kasih dan sayangnya ALLAH SWT terhadap hambaNYA. Subhanallah.

Sahabat, engkau bertanya tentang waktu dan peluang? Insyaallah tidak ada istilah 'terlambat' untuk mempelajari ilmu selagi nafas masih berdetak dan selagi roh bersatu dengan jasad. Betapa Allah maha mencintaimu sahabat, dibisikkan hidayah kedalam jiwamu.. bertuahnya engkau, kini kau kembali mencari panduan, aku akan berjuang bersamamu...sama-sama kita pelajari ilmu untuk dipenuhi dalam ruang dada kita. Ilmu yang bisa membawa kita lebih dekat kepada pencipta kita. Allah maha besar.

Sahabatku, dalam perjanjian angka 25 yang pernah kita rancangkan dalam lipatan fail yang menjadi rahsia kita. Aku pernah tertanya-tanya mungkinkah aku akan memungkirinya?.. Tak mudah sebenarnya menongkah rasa yang wujud dalam jiwa dicipta indah dari sang Pencipta. Mungkin agak remeh kedengaran dan kita bakal diketawakan orang. Tapi aku sepertimu yang sentiasa belajar dari kesilapan dan pengalaman, dari kisah-kisah tauladan dan contoh segala yang berlaku disekeliling kita..Alhamdulillah, akal fikiran yang Allah hadiahkan cukup ternilai buat kita sebagai makhluk yang tahu membezakan mana baik dan mana yang buruk.

aku sering berpegang pada kata-kata ''tersungkur diperjalanan adalah lumrah, tapi jangan jadikan alasan untuk terus rebah'' engkau pasti faham maksudnya bukan? ayuh kita sama-sama bangkit dari terus merebahkan diri pada fatamorgana dunia yang membuatkan kita lalai dari mengerjakan suruhanNYA.. Ayuhlah sahabat, jangan ditangguh peluang yang datang itu..kerana mungkin tiba saatnya kita tidak berkesempatan melakukannya lagi...

sekian lama aku melihat perubahanmu itu yang mengilhamkan aku untuk terus cekal berpaut pada tuntutan yang Esa..semoga diberiNYA kita kekuatan untuk terus tabah mengharungi ujian dan dugaan kehidupan.  amin ya rabbal alamin



Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud “Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya” ( HR At-Tarmizi )



wallahualam, berpesan-pesan aku.. agar aku turut ingat pada pesanku sendiri


PESAN BUAT MEREKA YANG BERSAHABAT

 TItIpAN bUAT MeReKa yaNG bErSaHABaT :

 

“Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu.”

  Tidak semua orang mampu bersama kita setelah mengetahui kekurangan dan kelemahan diri kita.

Kalau kita mampu menerima kelebihan seseorang, mengapa tidak kita menerima kekurangan dia?

Kita juga manusia.

 Dia juga manusia, pasti masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

  “Sahabat adalah dia yang tahu kekuranganmu, tetapi menunjukkan kelebihanmu. Dia tahu ketakutanmu, tetapi menunjukkan keberanianmu”.
 


  Seorang sahabat itu sentiasa membantu kita sedaya upayanya.

Dia tahu kekurangan diri kita, tetapi dia selalu membantu dengan menunjukkan kelebihan kita.

Seorang sahabat itu, tidak menjadikan kekurangan dirimu sebagai beban kepadanya, malah dia cuba mengisi kekurangan kita dengan kelebihannya.

Wajarkah dengan satu kesilapannya, semua kebaikannya harus dilupakan?

Seorang sahabat itu tidak akan menghukum sahabatnya yang telah melakukan kesilapan dengan kekurangannya, malah seorang sahabat itu akan menerima kesalahan sahabat itu dengan menerimanya kekurangan itu.

Sahabat kerana Allah, pasti indah.

Kerana apa?

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh sahabat kita kepada kita seperti marah, merajuk dan sebagainya adalah daripada Allah.

Betul atau tidak?

Apa-apa daripada Allah, pasti itu yang terbaik buat kita.

Kenapa perlu benci, tidak suka pada sahabat walhal dia yang Allah hadirkan pada kita untuk menguji secebis keimanan dirimu?

Memperoleh sahabat yang cukup mulia sifatnya adalah bonus daripada Allah untukkmu namun memiliki sahabat yang punya kekurangan bukanlah satu keburukan buatmu.. Namun satu amanah dari Allah untuk kau pimpin hatinya ke arah redha Ilahi

Sayangilah sahabatmu seadanya…

Sahabat itu hadiah daripada Allah.

~ saya sayang sahabat saya ~

 


*Buat sahabat-sahabatku, maaf andai diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik padamu , diri ini masih lagi cuba memahami apa ertinya seorang sahabat.


  Hari ni aku nk share soal sahabat pula :~
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;   

    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al hujurat ayat 12

  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.